Posted by: mozaman75 | 26 Februari 2010

Tazkirah Maghrib – Al Fadhil Ustaz Harianto Rizal

Asma ul Husna (Nama-nama Allah)

Kasih sayang Allah SWT kepada sekelian makhluk ciptaanNya ditonjolkan atau dizahirkan dengan nama-nama Allah itu sendiri. Allah itu mudah untuk disebut pada setiap ketika.

Nama Allah itu terdapat dalam ucapan “Bismillah hirrahman nir rahim”. Segala perbuatan atau pekerjaan yang tidak dimulakan dengan ucapan “Bismillah…..rahim.” akan hilang atau terputus keberkatan dan rahmat Allah. Akidah orang Islam itu berpaksi atau berteras kepada kalimah Tauhid yang mengEsakan Allah SWT tanpa boleh dibuat sebarang perbandingan atau persamaan kepada mana-mana makhluk samaada yang boleh dilihat dengan mata kasar atau tidak.

Di dalam syurga nanti, saat yang paling indah yang dinanti-nantikan penghuni syurga adalah apabila dapat bertemu Allah secara berhadapan.

Allah SWT adalah tunggal dan tempat untuk memohon segala pertolongan. Usah terlalu memikirkan tentang bagaimana rupa Allah (ini di luar kemampuan akal fikiran manusia), sebaliknya fikirkan tentang ciptaan-ciptaan Allah, sifat-sifat Allah, rahmat dan nikmat kurniaan Allah dan sebagainya untuk menambahkan lagi keyakinan. Bagi mereka yg beriman, Allah itu bersemayam di dalam hati dan jiwa. Allah memantau segala perbuatan, percakapan, pemikiran, apa saja yang terlintas di hati.

Wallahualam.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: