Posted by: mozaman75 | 2 Mac 2010

Gambar-gambar menarik sekitar Mekah dan Madinah

Seorang sahabat penulis, Tuan Haji Razali telah menjadi tetamu Allah SWT di Mekah dan Madinah, melakukan haji dan umrah bersama isteri tercinta.

Beliau berkongsi bersama penulis beberapa gambar menarik yang sempat beliau ambil ketika berada di Tanah Suci. Penulis merasakan gambar-gambar ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran terutamanya kepada pembaca-pembaca yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci sebelum ini.

Mekah - Tanah lapang

Tempat jemaah negara miskin mendirikan khemah atau membentang tikar untuk tidur

1) Tanah kosong yang dahulunya didirikan hotel-hotel lama. Dihamparkan tanah oleh penguasa buat sementara semasa musim Haji. Pada waktu malam jemaah dari negara-negara miskin akan memasang khemah atau menghampar tikar untuk tidur sementara menanti waktu siang

Kaabah

Kaabah di waktu puncak

2) Kaabah pada waktu puncak kebiasaanya selepas setiap solat fardu

Lagi gambar Kaabah di waktu puncak

3) Gambar Kaabah ketika waktu puncak dari satu sudut yang lain

Kaabah pada waktu puncak

4) Lagi gambar Kaabah pada waktu puncak. Lautan manusia memenuhi dataran Masjidil Haram samaada untuk bertawaf atau bersolat

Menara Zam-Zam dalam pembinaan

5) Masjidil Haram pada waktu pagi. Di bahagian belakang gambar terdapat kren-kren tinggi untuk projek pembangunan berhampiran Masjidil Haram. Struktur yang paling tinggi adalah Menara Zam-Zam (Zam-Zam Tower). Bila siap kelak akan ada 5 menara kesemuanya

Tempat Rasulullah memeterai Perjanjian Hudaibiyah

6) Ingat Perjanjian Hudaibiah? Ini adalah tempat di mana Rasulullah s.a.w menandatangani perjanjian pertama dengan pihak Jahiliyyah

Bersurai

Pemandangan sejurus selepas musim haji

7) Gambar selepas musim haji di mana jemaah kebanyakkannya sudah berangkat samaada ke Madinah ataupun pulang ke kampung halaman

Malam

Pemandangan waktu malam di Masjidil Haram

8. Masjidil Haram pada waktu malam (selepas maghrib)

Tenang

Suasana malam yang tenang

9) Lagi pemandangan di waktu malam

Setia

Masih setia beribadat

10) Malam menyapa tetapi masih ramai yang setia beribadat

Saie

Saie antara Safa dan Marwah

11) Tempat bersaie di antara bukit Safa dan bukit Marwah

Masjid Nabawi

Pagi di Masjid Nabawi

12) Pemandangan Masjid Nabawi pada waktu pagi yang hening

Gedung

Salah sebuah gedung membeli belah di Madinah

13) Gedung/pusat membeli belah yang berdekatan dengan hotel dan hanya beberapa langkah dari Masjid

Taman

Taman Bani Saqiyah atau Saidah

14) Taman Bani Saqiyah atau Saidah. Salah satu tempat kegemaran Rasulullah dan para sahabat untuk bersantai

Raudah

Raudah

15) Kawasan Raudah di mana Tuan Imam & pembantu bersolat

Raudah

Raudah

16) Kawasan Raudah di dalam Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi

Masjid Nabawi, Madinah

17) Masjid Nabawi yang tidak sunyi dari manusia, siang dan malam

Kilang

Kilang mencetak Al-Quran

18) Kilang mencetak Al-Quran yang juga terletak di Madinah

Semoga gambar-gambar yang telah dipaparkan dapat sedikit sebanyak menerangkan keadaan dan tempat-tempat yang biasa dilawati oleh jemaah-jemaah yang menjadi tetamu Allah pada musim haji mahupun umrah.

-mozaman75-

About these ads

Respon

  1. salam…saya dan keluarga baru shj mengerjakan umrah pd bulan mac yg lalu..suasana di madinah & mekah memang menenangkan fikiran..lebih2 lagi di dlm kedua2 masjid…insyallah kami akan dtg lagi ke tanah suci…

    • Disarankan sekali setiap lima tahun. Sekiranya kaya raya bolehlah dilakukan setiap tahun tetapi lebih afdal belanja tersebut disalurkan untuk menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk turut merasa nikmat mengerjakan umrah.

  2. Setuju sangat sesiapa yang berkemampuan tu sedekah kpd mereka yg kurg berkemampuan agar dpt mengerjakan haji atau umrah. Gambar sekitar mekah dan madinah yang dipaparkan memang sungguh menarik sekali hati ini memg teringin sangat nak pergi ke sana

    • Penulis akan upload gambar koleksi peribadi penulis semasa ke Tanah Suci Mekah dan Madinah tidak lama lagi insyaAllah.

      • Alhamdulillah..terasa ingin melihat wajah-wajah Mekkah dan Medinah yang terkini..agar dapat menarik rasa ingin mengerjakan Haji jika ada rezeki..insyaa Allah

  3. Sungguh menarik dan menakjubkan..terasa mahu berkujung ke sana sebagai tetamu Allah.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: