Posted by: mozaman75 | 17 November 2009

Sejambak Puisi – Renungan dan Doa untuk Bangsa

“Sebuah rumah sakit kedatangan seorang pasien pria,

Dari kartu penduduk ternyata 64 tahun umurnya,

 …

Karena terbiasa suap-menyuap terbentuklah ilusi,

Bahawa harta orang lain tak apa diambil jadi milik sendiri,

Dan disuapkan ke mulut sendiri,

….

Rabbana

Karuniakan kapada bangsa kami.

Kemampuan membedakan antara benang putih dan benang hitam.

Di dalam hutan di tengah malam.

Kemampuan membedakan rezeki halal dan rezeki haram.

Sehingga akhlak bangsa menjadi cemerlang…..”

– Hasil Nukilan Saudara Taufik Ismail, Indonesia

Gari

Gambar hiasan

Sebuah puisi yang begitu mendalam maknanya dan begitu menyayat hati. Terlihat kebimbangan penukil terhadap masa depan bangsa yang sedang bergelut dengan masalah rasuah dan penyelewengan.

Memang benar apa yang dikatakan oleh penukil. Perbuatan menyeleweng dan memakan rasuah ada kaitan dengan pembentukan akhlak terutamanya generasi masa depan yang mungkin terhasil daripada campuran unsur-unsur yang halal dan haram.

Halal dan haram dalam Islam bukan terletak pada makanan sahaja seperti yang kerap diperjuangkan oleh individu-individu yang mengelarkan diri mereka Muslim. Persoalan halal dan haram dalam Islam adalah jelas dan begitu luas. Tidak ada jalan tengah – yang memungkinkan kita memanfaatkan ke dua-duanya.

Apa yang terhasil dari sumber yang haram dan dibawa masuk pula ke dalam institusi kekeluargaan bakal mencorak peribadi pewaris bangsa. Ianya mungkin menjadikan seseorang individu itu kurang sensitif terhadap yang baik dan yang buruk, yang cantik dan yang hodoh, yang bersih dan yang jijik, yang halal dan yang haram.

Ini akan melahirkan bangsa yang tidak peka terhadap keperluan agama, tidak mengikut undang-undang, tidak hormat kepada ibubapa dan orang tua, satu bangsa yang hanya mementingkan diri sendiri dan bangsa yang tiada mempunyai jati diri. Walhal pembentukan tamadun sesebuah masyarakat hanya akan terhasil sekiranya tidak ada sifat-sifat tersebut di dalam setiap sanubari pendokong bangsa.

Penulis yakin rasuah atau imbuhan atau hadiah dan yang sewaktu dengannya umpama kas-kas yang digunakan dalam kari yang akan menyebabkan si pemakan akan sentiasa teringat dan merasa gelisah sekiranya tidak dapat menjamahnya pada setiap masa. Bila dah terbiasa, tak ada lagi rasa menyesal, tidak ada lagi rasa ragu. Semuanya sedap belaka.

Saranan penulis, jangan sekali-kali mencuba kari yang dicelup kas-kas.

-mozaman75-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: