Posted by: mozaman75 | 30 Disember 2009

Kesan negatif akibat kegawatan ekonomi Malaysia yang tidak digembar-gemburkan

Kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai laporan dan tulisan berkenaan dengan kesan lansung kegawatan ekonomi terhadap Malaysia dan segala isinya.

Banyak laporan dan tulisan ini yang lebih menjurus kepada sektor ekonomi yang memperlihatkan merudumnya pasaran saham di awal tahun 2009, harga-harga barangan asas naik mendadak, sektor perkhidmatan dan jualan mengalami zaman kemalapan disebabkan kurangnya permintaan, rumah-rumah baru tidak dapat dijual oleh pemaju-pemaju hartanah dan sebagainya.

Ini adalah persepsi makro yang mengalihkan perhatian kita terhadap ibu kepada segala kegawatan iaitu kepincangan sosio-ekonomi, moral dan keruntuhan institusi sosial dan keluarga yang terjadi akibat daripada kesempitan yang dialami oleh sebilangan rakyat Malaysia akibat kesan langsung kegawatan ekonomi global yang melanda Malaysia selama lebih kurang 14 bulan.

Ramai penganalisa pasaran dan ekonomi mengatakan bahawa ekonomi dunia sudah menampakkan tanda-tanda pemulihan yang signifikan dan menjangkakan tahun 2010 keadaan akan kembali normal. Penulis tidak merasakan ianya akan berlaku sebegitu cepat, sekurang-kurangnya untuk Malaysia.

Secara kasarnya, semua ini bermula akibat krisis “subprime” di Amerika yang menyaksikan kesan domino (domino effects) terhadap institusi kewangan dan perbankan di negara kuasa besar dunia itu yang menular ke negara-negara lain di seluruh dunia.

Apakah yang dimaksudkan “subprime mortgage crisis”? Krisis gadaijanji subprime terjadi akibat daripada kenaikan mendadak dalam jumlah hartanah yang terpaksa dirampas atau dilelong. Pelanggan-pelanggan tidak lagi mampu untuk membayar ansuran bulanan untuk pinjaman mereka akibat kenaikan kadar keuntungan atau ‘interest’ yang ketara. Yang lebih menyedihkan, pembeli-pembeli ini tidak boleh menjual hartanah mereka kerana faktor lebihan penawaran dalam pasaran yang menyebabkan harga rumah-rumah mereka jatuh sekaligus tidak memungkinkan mereka untuk menebus kembali pinjaman mereka.

Senario di sekitar tahun 2000 – 2004; Amerika mencatatkan pertumbuhan mendadak dalam industri hartanah di mana terdapat banyak penawaran projek hartanah yang disokong oleh kadar pinjaman yang rendah (low interest rate). Ramai yang membeli rumah dan walaupun komitmen kredit individu yang tinggi, institusi-institusi pembiaya masih meluluskan pinjaman tersebut. Sekitar tahun 2004 – 2006, pasaran dipenuhi lambakan rumah-rumah dan ramai pembeli, membeli untuk pelaburan yang menyebabkan spekulasi pasaran yang tidak terkawal. Bermula 2006 – 2007, institusi-intistusi pembiaya seperti bank-bank dan agensi-agensi mula menaikan kadar pembiayaan atau pinjaman (interest) yang mengakibatkan ramai peminjam-peminjam yang terkesan kerana komitmen kewangan mereka yang begitu ketat berpunca dari kadar hutang piutang yang begitu tinggi.

Masyarakat Amerika pada ketika itu banyak meminjam untuk membiayai pinjaman atau pembelian lain, tidak kira samaada menggunakan kad kredit atau pinjaman runcit (sundry loan). Seolah-olah menggali lubang baru untuk menutup lubang lama. Pasaran tidak menyaksikan kitaran wang segar lantas merudum. Bila harga rumah jatuh, interest naik (jangan lupa – rumah dibiayai pada harga tinggi sebelum krisis) dan dalam masa yang sama disusuli oleh masalah kredit, sudah cukup untuk merosakkan keseluruhan sistem kewangan yang menjadi tunjang negara tersebut. Bermulalah kesan-kesan lain seperti perniagaan merosot, pengangguran, orang ikat perut, ekonomi tak boleh berputar dan sebagainya.

Hakikatnya, bila Amerika bersin, negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengannya akan terkena juga demam selesemanya. Cuma bukan terus kena, ianya ambil masa sedikit. Penulis perhatikan kejutan ekonomi tersebut hanya tiba ke rantau kita dalam masa 12 bulan terkemudian yang banyak berpunca dari kegiatan import export. Kenaikan harga minyak dunia pada permulaan suku ke dua tahun 2008 menyebabkan situasi bertambah buruk di Malaysia. Petrol merekodkan kenaikan harga yang  drastik dari RM1.92 seliter kepada RM2.70 pada bulan Jun 2008, sekaligus merubah situasi sosio-ekonomi masyarakat Malaysia buat selama-lamanya.

Harga barangan naik mendadak, pasaran runcit merudum akibat sikap tunggu dan lihat pengguna dan faktor ekonomi luaran yang menyebabkan banyak syarikat mengecikkan saiz perniagaan di mana ramai kakitangan yang terpaksa diberhentikan atau dibuang kerja.

Senario di atas adalah mukadimah penulis agar pembaca dapat memahami sorotan sejarah yang mungkin sudah cepat dilupakan oleh masyarakat tatkala ekonomi Malaysia kini dalam fasa pemulihan. Fokus penulis sebenarnya adalah untuk membawa pembaca kepada masalah mikro akibat daripada kegawatan ekonomi yang kurang diberikan perhatian oleh media massa.

Cuba perhatikan disekeliling anda:

a) Adakah anda perasan bahawa kegiatan pecah rumah, samun, curi dan rompak menjadi-jadi?

b) Berapa ramai yang meminta sedekah di pasar-pasar malam dan dari restoran ke restoran?

c) Adakah rakan-rakan anda  terbabit dengan jenayah dadah termasuklah pil hayal?

d) Perasankah anda berapa ramai keluarga yang berpecah-belah dan suami isteri bercerai berai?

e) Adakah anda perasan ada dikalangan sahabat-sahabat anda sedang menjalani rawatan mental?

Situasi di atas pada hemat penulis sedang berlaku dengan begitu ketara sekali akibat ketidakmampuan seseorang untuk membiayai diri sendiri dan keluarga akibat dibuang kerja atau kesukaran mendapatkan pekerjaan atau perniagaan mengalami kerugian.

Penulis tidak mempunyai statistik rasmi dan bukan kerja penulis untuk mengumpulkan data-data tersebut tetapi penulis yakin bahawa pembaca dapat merasai kemelut-kemelut yang sedang dihadapi oleh sebahagian daripada masyarakat. Kepada pihak berwajib, cuba siasat dan laporkan statistik rakyat Malaysia yang disahkan kurang siuman dan menghadapi tekanan mental dalam masa 24 bulan kebelakangan ini. Laporkan statistik terkini jumlah penagih dadah dan pil-pil hayal baru? Berapa ramai yang ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara akibat merompak, samun dan mencuri? Berapa ramai yang ditangkap basah kerana tiada duit untuk berkahwin dan membayar wang hantaran yang melambung tinggi? Berapa ramai yang menjadi penyamun sepenuh masa kerana syarikat-syarikat mengecilkan operasi megakibatkan tidak kekosongan? Berapa ramai  menanggung hutang yang banyak, rumah dan kereta ditarik oleh bank kerana tidak dapat melunaskan bayaran bulanan? Berapa ramai dikalangan kita yang memiliki rumah yang selesa, pekerjaan yang baik, isteri yang cantik sebelum krisis tetapi kesudahannya berada di Tanjung Rambutan akibat tekanan dibuang kerja dan pasangan melarikan diri.

Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diambil dan ini semua berlaku kerana sudah menjadi lumrah manusia perlu untuk terus hidup walau dalam apajua keadaan sekalipun. Makan, tempat  tinggal, duit dan naluri seks adalah keperluan dan jika dinafikan akan menyebabkan tidakbalas negatif.

Masalah mikro inilah  yang perlu ditekankan kerana impaknya amat besar kepada masyarakat. Negara hanya boleh dimajukan dengan kekuatan sosio-ekonomi dan kekukuhan institusi sosial. Masalah ini jika dibiarkan akan mengakibatkan negara mengalami kerugian kerana kos mengubati penyakit sosial yang kronik agak mahal berbanding dengan pelaburan untuk program kesedaran dan pencegahan awal.

Sebagai individu bertanggungjawab, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan menyerahkan bulat-bulat kepada pentadiran negara untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita juga perlu mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang kita mampu. Masyarakat juga perlu membantu untuk merancakkan lagi sektor perniagaan dengan mengalirkan wang segar ke dalam pasaran. Simpanan memang perlu sebagai bekalan hari tua tetapi masyarakat perlulah berbelanja. Sekali dua dalam seminggu, makanlah diluar, belilah sayur dipasar, belikan isteri jam baru.

Bila majoriti rakyat Malaysia berbelanja dengan penuh hemah dan tanggungjawab, InsyaAllah ekonomi dapat digerakkan dengan cepat, banyaklah peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kuranglah hendaknya masalah-masalah dalam masyarakat dan kita semua dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai. Sekarang ini bukan masanya untuk rakyat Malaysia memilih kerja kalau tidak, akan lebih ramai lagi rakyat luar yang perlu dibawa masuk untuk mengisi kekosongan tersebut dan pendatang-pendatang ini akan membawa masuk masalah mereka sendiri ke dalam negara ini.

Peranan pemerintah juga penting. Polisi-polisi pembangunan, skim-skim sokongan dan peruntukan-peruntukan kerajaan perlulah dirangka agar dapat dinikmati oleh semua dan bukannya segelintir masyarakat. Kerajaan perlulah mengenalpasti projek-projek atau pembelian-pembelian yang perlu dilakukan segera dan yang mungkin boleh ditangguhkan ke suatu  masa apabila ekonomi negara betul-betul pulih.

Ideologi politik sempit yang dapat membantutkan pertumbuhan ekonomi juga harus dikekang. Rakyat dan pemerintah harus lebih fokus kepada agenda membangunkan ekonomi Malaysia dan bukannya sibuk bercerita kisah ahli parlimen berkahwin dengan artis di kedai-kedai kopi dari pagi hingga senja. Adakan anda mempunyai sebegitu banyak masa untuk dibuang  begitu sahaja? Tepuk dada tanya iman.

-mozaman75-


Respon

  1. I all the time used to study paragraph in news papers but now
    as I am a user of net thus from now I am using net for posts, thanks to web.

  2. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you create this website yourself or did
    you hire someone to do it for you? Plz reply as I’m looking to create my own blog and would like to know where u got this from. thank you

    • Its a standard template provided by wordpress. Its quite a straight forward and user-friendly process. All the best.

  3. This is my first time pay a visit at here and i am in fact pleassant
    to read everthing at single place.

  4. Thankss designed for sharing ѕuch a fastidious tҺought, piece ߋf writing is nice,
    thɑtѕ wwhy i Һave read itt completely

  5. I used tto be suggested this web site through my cousin. I am no longer certain whether
    thks submit is written by way of him as no onee else recognize such exact about my problem.
    You’re wonderful! Thanks!


Tinggalkan komen

Kategori