Posted by: mozaman75 | 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010 / 1431H – Alasan Baru Untuk Berubah

Matahari Terbenam Di Ufuk Barat

Hidup ini bukanlah satu destinasi tetapi merupakan satu persinggahan. Seringkali kita dapati diri kita berjalan menuju ke arah yang salah, memasuki simpang yang tidak betul dan bagi mereka yang tidak peka atau semata-mata bodoh sombong, mereka akan meneruskan juga perjalanan dengan harapan bahawa merekan akan sampai jua. Kepada yang peka dan berfikir dengan mata hati akan berpatah balik untuk keluar dari simpang masuk yang salah tersebut dan kembali ke jalan sebenar walaupun ianya bermakna kita terpaksa berundur dan mengakui kesilapan. Pada hakikatnya inilah cara yang terbaik dari terus sesat dalam mempertahankan keegoan dan kebodoh sombongan kita.

Berubah atau menjadi ejen perubahan bukanlah satu kerja mudah. Kesabaran, kecekalan dan objektiviti amatlah dituntut dalam melakukan perubahan. Tidak semua orang mampu. Tidak semua orang rela untuk keluar dari kepompong keselesaan.Tidak semua orang rela untuk bermula kembali dari A. Kita semua memerlukan alasan untuk berubah.

2010 / 1431H telah tiba dan ini merupakan satu alasan yang paling munasabah untuk kita melakukan perubahan positif untuk diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara – mengikut kemampuan diri sendiri. Sekurang-kurangnya kita dapat mengambil motivasi dari Hadis Nabi S.A.W yang menuntut kita untuk melakukan perubahan dengan menganalisa prestasi kita yang lalu. Janganlah sampai diri kita termasuk dalam ketegori orang-orang yang celaka kerana hari yang sedang kita lalui ini adalah lebih buruk dari semalam.

Penulis menyarankan dan mengingatkan diri sendiri dan sidang pembaca yang beriltizam untuk melakukan perubahan untuk melakukannya dengan cara yang sederhana, biar sedikit tetapi konsisten.

Sebagai contoh, sekiranya kita ingin mulakan membaca lembaran-lembaran Al-Quran setelah sekian lama naskah mulia itu dibiarkan berhabuk di atas rak – mulakan dengan membaca beberapa potong ayat sehari dan tambah hanya apabila kita sudah sebati dengan tabiat tersebut. Jangan mula membaca beberapa muka surat pada hari pertama kerana penulis yakin, sifat malas akan menguasai kemudiannya. Konsep ini penulis samakan dengan aktiviti memanaskan badan yang patut dilakukan sebelum kita memulakan apa-apa aktiviti sukan. 

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tinggal tahun 2009 / 1430H yang pada hemat penulis adalah merupakan antara tahun-tahun yang mencabar sekurang-kurangnya pada diri penulis dan alhamdulillah tirai tersebut telah dilabuhkan dan kita sedang berada di ambang permulaan tahun 2010 yang bakal diharungi dengan penuh harapan. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca Secangkir Madu dan diharap agar Allah memberi peluang untuk kita semua melakukan perubahan yang kita inginkan dengan daya usaha dan kecekalan yang tinggi.

Penulis juga berdoa agar penulis dapat terus berkarya dengan lebih gigih untuk berkongsi pendapat dan ilmu dengan anda semua. Moga-moga karya penulis akan menjadi bertambah baik dan matang disamping bertambahnya minat pembaca untuk berkongsi komen-komen membina untuk setiap karya penulis pada masa hadapan. InsyaAllah. 

-mozaman75-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: