Posted by: mozaman75 | 14 Januari 2010

PANDAI PINJAM, PANDAI BAYAR!

Berhutang bukanlah satu dosa. Tetapi orang yang berhutang akan berdosa sekiranya sengaja mencuaikan hutangnya samada dengan melengahkan pembayaran hutang atau lebih kejam lagi tak bayar hutang langsung. Rasulullah SAW memberikan peringatan kepada orang yang hendak berhutang seperti yang berikut:

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Islam menganggap bahawa orang yang berhutang dan melengahkan pembayaran hutang sebagai satu kezaliman terhadap orang yang memberi hutang seperti mana Islam mengharamkan riba dalam urusan pinjam meminjam kerana itu satu kezaliman kepada peminjam. Begitulah contoh betapa komprehensifnya Islam dalam mempromosikan keadilan kepada kedua-dua belah pihak; peminjam dan pemberi pinjaman. Rasulullah SAW memberikan beberapa amaran kepada mumatil (orang yang sengaja cuaikan hutang sedangkan berkemampuan) sebagaimana sabdanya:

“Pencuai hutang sedangkan ia berkemampuan adalah zalim” (riwayat Al Bukhari & Muslim) 

Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (yang sengaja tidak dibayarnya)” (Riwayat Muslim)

Duit

Terlalu senang meminta hutang pasti membawa derita di hari muka

Ada dikalangan kita yang begitu ringan mulut untuk berhutang. Jumpa sipolan A “Mat, pinjam RM10, lusa aku bayar”, jumpa sipolan B “Ali, pinjam RM50, dompet tertinggal, esok aku bayar”, jumpa sipolan C “Abu, pinjam RM100, dapat gaji aku bayar”…Janji nak bayar esok tunda ke lusa. Lusa tak bayar, janji minggu depan, minggu depan tak bayar, janji hujung bulan hinggakan janji hanya tinggal janji. Sindrom berhutang seperti ini haruslah dijauhi. Jumlah awal nampak sedikit tetapi jika dihitung jumlah keseluruhan hutang, mungkin banyak dan tidak terbayar akibat sikap endah tak endah si penghutang.

Dalam kehidupan kita mungkin juga mempunyai hutang berkala dengan Bank seperti pembiayaan peribadi, perumahan atau kenderaan, hutang PTPTN, hutang dengan adik-beradik, office mate dan sebagainya. Kita juga berkemungkinan berhutang dengan TNB, TM, MAXIS, CELCOM apabila kita melanggan perkidmatan mereka. Justeru janganlah kita sewenang-wenangnya ‘pejam mata’ dan mengabaikan tanggungjawab kita apabila kita berhutang. Bahkan penyakit orang berhutang adalah ia sanggup berbohong dan khianati janjinya semata-mata kerana tidak mahu bayar hutang! Waktu meminjam, bukan main manis wajahnya, bila sampai time bayar, batang hidung pun tak Nampak!!! Rasulullah SAW acap kali berdoa:

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang”, lalu Baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat Al-Bukhari)

Kesimpulan daripada ingatan tentang hutang ini adalah, bila kita perolehi BONUS, utamakan pembayaran hutang kepada siapapun pemiutang kecuali hutang berjadual di antara kita dengan pihak bank yang perlu dibayar mengikut jadual pembayarannya. Takutlah kita kepada azab Allah terhadap orang yang sambil lewa dalam komitmennya apabila berhutang.

Adalah dinasihatkan, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita harus bijak mengawal perbelanjaan dan tidak ‘mencipta’ hutang di luar dari kemampuan. Bersederhanalah…


Responses

  1. Assalamuamualikum….
    Saya ingin bertanya apakah hukumnya saya pernah berhutang dengan abang saya beberapa tahun yang lalu. Saya berjanji akan membayarnya secara bulanan atau pun bila ada duit. Dan abang saya bersetuju kalau ada duit bayarlah kalau tak ada nak buat cam mana dan saya kata kira halallah . Dan saya telahpun membayarnya secara bulanan tetap selama 8 bulan tetapi sejak kebelakangan ini saya tidak mampu untuk membayaranya kerana masalah ekonomi dan kini abang saya telah meninggal dunia. Tetapi saya pernah berbincang abang saya jika di antara kami salah seorang pergi terlebih dahulu menemui Allah azza wajala kira halal . Dan saya pernah memaklumkan kepada abang saya tentang hutang ini kepada anak-anak saya dan dia kata mengapa buat sampai macam itu? Soalan saya ialah bagaimanakah hukum hutang saya itu terhadap abang saya itu kerana beliau masih ada isteri dan anak-anak. Abang pernah memberitahu saya wang yang dipinjamkan kepada saya adalah wang beliau sendiri dan berniat untuk menunaikan haji bersama isterinya dan isterinya menyokong abang membantu saya kerana saya tiada punca pendapatan lain selain dari gaji saya . Harap tuan dapat terangkan supaya kami dapat menerima segalanya dengan tenang dan silatulrahim kami tetap utuh seperti adanya abang kami . sekian wasalam

    • Salam Minmala,

      Persoalan hutang dalam Islam amat jelas, kalau yang meminjam harus membayar dalam jangkamasa yang dijanjikan. Tetapi Islam itu juga begitu shumul dan tidak memberatkan. Sebab itu dalam Islam ada peruntukan Qadrul Hasan – yang mana si pemberi hutang meminjamkan ikhlas sebagai contoh RM1000 dan mengharapkan dibayar kemudiannya RM1000 juga. Jika si pemberi hutang meletakkan syarat bahawa harus dibayar kembali RM1100, maka ianya sudah ada elemen riba didalamnya.

      Si penghutang harus mempunyai adab berhutang, sekirannya berkemampuan, perlu dengan ikhlasnya membayar walaupun berdikit-dikit dan bayaran yang terakhir perlulah dilebihkan sedikit sebagai contoh RM1100 (RM100 adalah saguhati) sebagai tanda yang si penghutang bersyukur dan berbesar hati atas pinjaman yang telah diberikan . Dalam hal ini juga, si pemberi hutang juga perlu mempunyai adab, sekiranya si penghutang mempunyai kesulitan, haruslah dibenarkan pembayaran itu ditangguhkan ke satu masa yang mana si penghutang mampu untuk membayar semula.

      Persoalan yang anda utarakan – sekiranya yakin bahawa ada ucapan lisan arwah yang mengiakan bahawa sekiranya salah seorang “dijemput Ilahi” terlebih dahulu, dan perjanjian itu tidak dibuat dengan helah untuk lari dari tanggungjawab membayar hutang, InsyaAllah persoalan hutang itu selesai, semoga Allah akan menggantikan pahala kepada arwah. Cuma penulis ingin maklumkan bahawa anak-anak arwah telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab adik-beradik arwah sekarang apatah lagi sekiranya arwah meninggalkan anak-anak yatim (yang belum mampu berdikari). Sekiranya ada perasaan was-was, anda boleh sambung membayar baki hutang tersebut dengan kadar yang anda mampu dan salurkan kepada keluarga yang ditinggalkan arwah. Semoga sumbangan anda ini akan dicatat sebagai amalan yang bakal membantu di padang masyar kelak.

      Wallahualam.

  2. assalamualaikum…saya ingin bertanya “saya telah meminjamkan wang saya kepada rakan saya, dia berjanji untuk menyelesaikan dalam tempoh 4 bulan, tetapi dia hanya membayar separuh dalam tempoh tersebut, selepas itu saya menelefon dan sms dia enggan angkat, setelah beberapa bulan dia sms bgtau dia akan bayar…tetapi masih tidak mau bayar…apa yg perlu saya buat? sebab jumlah nye agak besar…” saya buntu fikiran..

    • Assalamualaikum..hutang tetap hutang dan saudara mempunyai hak untuk menuntut atau menghalalkan (insya Allah mendapat ganjaran pahala disisi Allah SWT) manakala si penghutang bertanggungjawab untuk membayar hutangnya seperti yang dijanjikan. Apapun, adap saudara dalam memberi hutang adalah untuk memberi tangguh sekiranya penghutang menghadapi masalah untuk melangsaikannya dan penghutang harus ingat bahawa hutang sesama manusia sekirannya dibawa kemati mungkin memyebabkan penghutang muflis diakhirat nanti. Wallahua’lam.

  3. assalamualaikum… azab apa bagi orang yang tidak membayar gaji karyawannya yg bekerja siang malam ternyata akhir bulan tak terima gaji…orang trsebut kabur….wassalam

    • Salam Saudara Rico, Azab sebenar itu rahsia Allah tapi apa yang nyata Nabi SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya hendaklah dibayar upah seseorang sebelum kering peluhnya memberi indikasi kepentingan membayar gaji yang telah dijanjikan sejurus selepas sesuatu tugasan atau kerja dilunaskan. Semua majikan, vendor, kontraktor, peniaga dan yang sewaktu dengannya harus mengambil berat aspek ini.

  4. Bagaimana dgn hutang celcom postpaid, atau seumpamanya …. suami sy tak sedar terguna line internet celcom masa dia register internet celcom di kampung…tgok2 bil dah cecah rm200++ ..sy pulak bil internet bulanan rm200 lebih jugak yg tertunggak…….sy faham itu still hutang n wajib bayar walaupun kita xtahu pemiutang celcom tu sapa… so macamana?tolong bg pencerahan…tq

    • Salam Sdri Ummi, hutang celcom, hutang kereta, hutang PTPTN dan yang seumpama dengannya tetap dikira hutang apatah lagi sekiranya ianya mempunyai kontrak atau akad yang dipersetujui secara saksama. Kekhilafan tidak boleh dijadikan sebab untuk tidak membayar hutang kerana akibat daripada kekhilafan tersebut realitinya perkhidmatan telah diberikan. Disebalik caj tersebut ada peratusan gaji dan upah yang harus dibayar di atas perkhidmatan yang diberikan. Wallahualam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: