Posted by: mozaman75 | 24 Januari 2010

Perihal memberi dan menerima

Gambar Hiasan

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bersenang-senang di dalam syurga, kerana dibalas oleh Allah Taala kerana perbuatannya memotong sebatang pohon kayu yang melintang di jalan yang menganggu lalu lalang” (Riwayat Muslim)

Selain hadis di atas, terdapat pelbagai lagi hadis yang membawa mesej yang sama antaranya:-

“Barangsiapa yang melapangkan orang Mukmin dari suatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia nescaya Allah akan melapangkannya daripada kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari Kiamat” (Riwayat Muslim).

“Seorang Muslim yang sebenar adalah seorang yang mengawal lidah dan tangannya daripada melakukan kerosakan kepada Muslim yang lain” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Hadis-hadis di atas menceritakan tentang kualiti seorang Muslim. Seorang Muslim sejati adalah seorang individu yang sentiasa MEMBERI. DUNIA adalah tempat MEMBERI; AKHIRAT adalah tempat MENERIMA. Ya AKHIRAT adalah motivasi seorang Muslim.

AKHIRAT mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan. Kerana itulah, perkara-perkara yang susah dan rumit dalam hidup ini, Nabi SAW kaitkan ia dengan Allah dan Akhirat.

“Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, muliakan tetamu”;
“Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berbaiklah sesama jiran”;
“Kalau kamu beriman kepada Allah dan Akhirat, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja”.

Cuba bayangkan: Penat bekerja, balik lewat, bumper-to-bumper traffic jam, kepala pening, anak-anak mohon masa bersama. Tiba-tiba pintu diketuk. Tetamu tiba mohon dilayan.

Bukan mudah…
Bukan berfaedah… jika nilai melayan tetamu hanya pada ukuran dunia yang tidak berhajatkannya.

Namun tetamu datang dengan jaminan Allah. Bahawa kehadiran mereka membawa kebaikan dan keberkatan. Tanpa iman kepada Allah dan Akhirat, tiada upaya untuk memaniskan wajah, mengajak masuk tetamu yang ”dihantar Allah”.

Jiran pun sama juga.

Mahu berkata-kata. Kata sahajalah apa yang ingin dikata. Tidak kering air liur, tidak bengkak gusi menanggung. Tetapi nilai kata-kata besar bagi sebuah Akhirat. Ada kata jadi pahala, banyak kata jadi dosa. Yakin pada balasan Akhirat, menjadikan seorang warga dunia berhati-hati memilih kata. Nyatakan yang baik-baik, atau diam sahaja.

Justeru, marilah kita bermuhasabah… Cintakah kita pada AKHIRAT? Sudah banyakkah kita MEMBERI sebelum layak untuk MENERIMA???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: