Posted by: mozaman75 | 29 Januari 2010

Nasihat Ikhlas Buat Noraniza Idris dan Mastura Bakar

Cinta

Awas Panahan Arjuna

Penulis terpanggil untuk mencoretkan beberapa pandangan peribadi terhadap kemelut yang sedang di hadapi oleh Noraniza Idris dan Mastura Bakar yang membabitkan perkahwinan mereka dengan seorang “Datuk” yang tidak perlu disebutkan namanya.

Media arus perdana selama lebih sebulan memaparkan cerita yang tidak putus-putus berkenaan mereka berdua. Sudah tidak ada “seurat benang” pun yang menutupi “tubuh” kedua-dua kaum hawa ini kerana semuanya telah diselak oleh pihak media terutama akhbar atau majalah tabloid yang memang menantikan isu sebegini bagi melariskan lagi jualan. Tetapi penulis ingin mengucapkan tahniah kepada sebuah akhbar arus perdana yang telah menyiarkan wawancara empat mata bersama Noraniza Idris yang sedikit sebanyak memberikan ruang kepada pembaca untuk menilai cerita yang datangnya dari kedua-dua pihak.

Penulis berpendapat, mendengar sesuatu perkara dari sebelah pihak sering mendatangkan mudarat dan lebih baik dibuat kesimpulan setelah mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak.

Semua sedar bahawa berita ini terbongkar apabila Mastura membawa kes permohonan fasakh terhadap si “Datuk” ke mahkamah Syariah. Mastura memang menjalankan tugasnya untuk memberikan kenyataan sebenar di hadapan hakim tetapi penulis merasakan ada kenyataan yang telah diberikan tidak ada kena mengena dengan kes. Mastura sepatutnya fokus kepada pertikaian di antara dirinya dan “Datuk” dan sebab musabab dia memohon cerai fasakh.

Noraniza Idris sudahlah menjanda selama beberapa tahun dan apabila mengharap bertemu seorang teman untuk hari tua, tercalit pula masalah penceraian kali kedua. Penulis amat bersimpati dengannya dan di doakan agar wanita-wanita lain tidak di duga dengan masalah yang sama.

Noraniza Idris mungkin telah melakukan kesilapan akibat terburu-buru untuk berkahwin secara senyap-senyap di Thailand tanpa pengetahuan anak-anak dan keluarga sendiri. Walaubagaimanapun pada hemat penulis, Noraniza bijak dengan tidak bercakap banyak berikutan perkahwinan singkat itu demi menjaga maruah dan tidak mahu membawa aib kepada si “Datuk” dan dirinya sendiri.

Mastura Bakar mungkin juga telah melakukan kesilapan iaitu terburu-buru untuk berkahwin dengan seorang yang bergelar “Datuk”, yang telah lanjut usia tanpa mengenal hati budi dan latar belakang bakal suami secara terperinci sebelum melafazkan persetujuan di hadapan jurunikah dan wali.  Yea….betullah pepatah…cinta itu buta…tapi jangan tanya cinta….tanyalah iman. Penulis juga amat bersimpati dengannya dan di doakan agar wanita-wanita lain tidak di duga dengan masalah yang sama.

Noraniza dan Mastura. Berdamailah. Tak payah saman menyaman sesama sendiri. Anda berdua adalah dari kalangan kaum hawa yang lemah. Sepatutnya anda berdua lindung melindungi antara satu sama lain demi menegakkan kebenaran dan memastikan tiada lagi wanita lain yang bakal terjerumus ke dalam masalah yang di hadapi oleh anda berdua. Kalau nak saman, samanlah si “Datuk” sekiranya didapati ada unsur-unsur penyelewengan dan pengajaran yang boleh di petik oleh umum.  

Ini masalahnya dengan lelaki. Kalau bab solat, haji, puasa tak nak ikut Islam sebenar, tak nak ikut wasiat Rasulullah (SAW). Kalau bab poligami, hadis Rasulullah (SAW) yang dicanang-canangnya satu kampung. Kalau betul nak berpoligami, belajarlah dari ustaz yang fasih dalam bab ini, bukannya mentafsir sendiri hadis Rasulullah (SAW).Penulis bukanlah seorang ustaz dan belum merancang untuk beristeri lebih dari satu. Cukuplah seorang isteri setakat ini. Persoalan dan kehendak untuk berpoligami itu harus difikirkan masak-masak dengan minda dan hati yang terbuka. Sekiranya keputusan untuk berpoligami itu di landaskan atas nasihat Nabi SAW, InsyaAllah poligami tersebut bakal membawa kebahagiaan. Jikalau tersasar dari konsep poligami asal yang diajar oleh Rasulullah, pasangan akan dirundung masalah fizikal dan mental di hari muka.

Kita di Malaysia seringkali dihidangkan dengan berita-berita negatif yakni keruntuhan rumah tangga akibat poligami. Ini sedikit sebanyak memberikan satu persepsi yang kurang baik terhadap konsep berpoligami yang mana ianya sebenarnya diharuskan oleh syarak atas hikmah dan sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi situasi di Malaysia sekarang ini agak tenat. Statistik menunjukkan semakin hari semakin ramai wanita yang masih belum berumah tangga tatkala umur semakin meningkat dan kesuburan semakin terjejas. Nisbah 10 ke 15 wanita kepada 1 lelaki tidak membantu. Lihatlah berapa nisbah wanita kepada lelaki yang belajar di institusi pengajian tinggi tempatan hari ini.

Gadis-gadis ini akan keluar IPT, berkerja dan berkahwin. Persaingan sesama gadis-gadis ini termasuklah dari mereka yang tidak berpeluang untuk ke menara gading amatlah tinggi. Ibubapa yang mempunyai anak gadis dalam kategori ini akan berdepan dengan tekanan. Di tambah pula dengan peningkatan jumlah lelaki melayu yang sedang  menjalani hukuman penjara akibat pelbagai kesalahan termasuklah jenayah membabitkan dadah. Ramai juga lelaki muda pada hari ini yang sengaja melewat-lewatkan untuk berkahwin atas alasan hendak “menikmati” hidup bujang sepuas-puasnya sebelum mengikat tali perkahwinan. Pilihan untuk kaum hawa menjadi semakin terhad. Mungkinkah poligami berupaya untuk menyelesaikan kemelut ini? Persoalan ini haruslah dibahaskan di dalam forum-forum yang sesuai.

Penulis yakin ada kaum adam yang bahagia dengan berpoligami dan berlaku adil sesama isteri-isterinya tetapi malangnya cerita ini tidak mendapat tempat di dada-dada akhbar. Maklumlah sudah lumrah manusia – berita yang kurang enak didengarlah yang lebih mendapat sambutan. Mungkin juga kerana peratusannya amat sedikit.

Hikmah yang ditinggalkan oleh pertikaian Noraniza dan Mastura adalah untuk kaum-kaum hawa yang lain, baik anak dara, isteri orang atau janda. Kemelut yang di hadapi oleh Noraniza dan Mastura boleh dijadikan iktibar. Sekadar berkongsi idea terbaik supaya kaum-kaum hawa yang lain tidak berakhir dengan masalah yang sama:

 1) Kalau anda ikhlas nak berkahwin (samaada dengan teruna atau duda atau suami orang) – pastikan perkahwinan itu dibuat secara rasmi. Perkahwinan itu kata Nabi SAW hendaklah diwar-warkan supaya tidak timbul fitnah. Satu kampung tahu lebih bagus tapi jangan sampai membazir. Jangan berkahwin secara rahsia. Idea di sebalik perkahwinan secara rahsia pun sudah tidak molek. Dapatkan restu ibubapa sekiranya mereka masih hidup.

 2) Siasat latar belakang bakal suami. Kenali keluarganya. Ambil tahu pekerjaanya. Selidik latar belakang agamanya. Kahwinlah kerana agama bukan kerana harta, pangkat, pengaruh, populariti atau rupa parasnya. 

3) Yang molek, kalau nak berkahwin biarlah “sekufu” seperti yang disarankan oleh Nabi SAW. Sekufu boleh mengelakkan pertikaian di kemudian hari. Kalau bujang seboleh-bolehnya kahwin dengan bujang. Kalau berijazah seboleh-bolehnya kahwin dengan yang berijazah. Kalau duduk rumah batu seboleh-bolehnya kahwin dengan yang duduk di rumah batu. Kalau muda seboleh-bolehnya kahwin dengan yang muda….Janganlah mencari penyakit kahwin dengan seseorang yang boleh kita panggil “Ayah” atau “Atuk” untuk mengelakkan dari difitnah melainkan anda dalam kategori umur yang hampir sama (atas dasar untuk mencari teman bagi mengharungi zaman senja) atau anda yakin yang bakal suami anda masih mampu untuk memberikan anda zuriat. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah SAW. Ianya salah satu cara untuk memperbanyakan umat Nabi SAW di muka bumi. Bila wanita muda berkahwin dengan lelaki tua, ramailah makhluk di kedai-kedai kopi yang akan bercakap anda nak korek poket dia walaupun niat anda ikhlas “nak sehidup semati dengannya”.

4) Pasang niat yang baik sebelum berkahwin. Ingat, Allah tahu apa yang terdetik di hati anda. Ayat pengasih, penyeri wajah (susuk dll), minyak senyonyon, bomoh-bomoh sila jauhkan. Cinta dan kasih sayang tidak boleh dipaksa dan dijualbeli. Jangan gunakan pengantara di atas untuk menagih cinta seseorang. Anda rasa anda boleh menagih kasih dia mengunakan pengantara atau penyeri – kesannya hanyalah sementara dan Allah SWT akan tarik barakah dan kebahagiaan berumah tangga.

5) Anda seorang wanita, fahamilah perasaan wanita yang lain.

6) Kepada yang merasakan diri anda kurang cantik, kurang menarik, kurang kurus atau kurang kaya dan ingin hidup senang – jangan tunjukkan yang anda sedang terdesak untuk mencari calon suami. Ianya hanya bakal membuka ruang untuk anda di pergunakan oleh lelaki-lelaki “touch and go” yang ingin mengambil kesempatan ke atas diri anda. Kikiskan perasaan rendah diri dari pemikiran anda. InsyaAllah ada lelaki budiman yang tidak meletakkan sifat-sifat di atas sebagai prasyarat untuk menerima diri anda sebagai isteri.

7) Jangan meletakkan niat berkahwin untuk hidup senang atau ingin jadi popular. Rezeki insyaAllah tersedia untuk pasangan yang berumah tangga dengan ikhlas di samping memohon keredhaan Allah.  

8 ) Kepada yang sudah bersuami dan yakin suami belum tergerak hati nak beristeri dua, jagalah suami anda sebaik-baiknya – makan, pakai, hubungan seks dan lain-lain. Suami zaman moden, ramai yang mempunyai masalah ketagihan seks. Lihat apa yang terjadi dengan Tiger Woods. Tak payah lihat jauh, baca tabloid tempatan. Saban hari, ada sahaja cerita lelaki melayu Islam yang ditangkap basah, melanggan pelacur, menjadi pengunjung setia rumah-rumah urut “geli-geli/batin” dan sebagainya. Sentiasa adakan perbincangan hati ke hati antara suami isteri untuk mengenalpasti masalah-masalah rumah tangga yang mungkin timbul.

9) Kepada isteri-isteri yang mempunyi masalah “libido” atau kurang nafsu seks, janganlah malu. Berbincang dengan doktor-doktor pakar untuk mencari jalan penyelesaian. Kepada yang sakit kronik, tidak boleh memberikan zuriat atau tidak boleh melayan kehendak seks suami tatkala pasangan masih lagi muda dan “bernafsu”, penulis usulkan agar si isteri mencadangkan dan membenarkan si suami untuk berpoligami. Memang betul banyak unsur-unsur selain seks yang boleh memberikan kebahagiaan kepada sesuatu perkahwinan tetapi kita semua harus sedar kebelakangan ini banyak kes penceraian yang berpunca dari masalah seks. Penulis yakin, kesanggupan si isteri yang di duga Allah dengan masalah di atas – tatkala membenarkan si suami untuk berpoligami, mampu untuk menyelamatkan akidah suami, mengelakkan kesan sikologi kepada anak-anak (sekiranya ada) dan mahligai perkahwinan yang telah di bina atas dasar cinta, iman dan kasih sayang. InsyaAllah pengorbanan ini akan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah.   

Akhir kata, Noraniza Idris dan Mastura Bakar – anda berdua sudah banyak bercerita. Sudah-sudahlah tu. Bak kata Tan Sri P Ramlee – Buang yang keruh ambik yang jernih. “Datuk” bila lagi? Bijak-bijak…..

Penulis tinggalkan pembaca dengan dua hadis Nabi SAW untuk dijadikan renungan:

“Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu.” (Hadis Sahih)

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Wallahua’lam. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang daif dan tidak sempurna itu adalah dari kelemahan penulis sendiri.

 -mozaman75-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: