Posted by: mozaman75 | 26 Februari 2010

RASULULLAH: BAPA MITHALI

Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, seorang insan contoh yang mempraktikkan apa yang diucapkan dan menjadi idola kepada ramai umat manusia dahulu, kini dan selamanya atas keperibadian Baginda yang begitu utuh, murni dan bertamadun.

Rasulullah SAW adalah seorang ayah yang sangat penyayang dan pandai menunjukkan kasih sayang Baginda terhadap anak-anak. Kasih sayang Baginda umpama air yang mengalir, memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada ahli keluarga Baginda. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (ra) “Aku tidak pernah melihat seorang yang sangat mengambil berat dan mengasihi ahli keluarganya melebihi Nabi Muhammad (SAW)” (riwayat Muslim).

Ayah dan anak

Hubungan baik ayah dan anak penentu kesinambungan kebahagiaan berkeluarga

Rasulullah sangat mengasihi putera dan puteri Baginda. Diriwayatkan bahawa setiap kali puteri Baginda, Fatimah masuk ke dalam kamar Baginda, Baginda akan bangun dan memimpin tangan Fatimah dan didudukkan bersebelahan Baginda. Begitulah kasih sayang dan penghormatan yang Baginda tunjukkan kepada putera dan puteri Baginda.

Putera Nabi SAW, Ibrahim (ra) meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Ketika Ibrahim sakit tenat, Rasulullah sentiasa menziarahinya walaupun Baginda sentiasa sibuk dengan urusan dakwahnya. Setiap kali Baginda menziarahi Ibrahim, Baginda akan mencium Ibrahim dan bermain dengannya untuk menggembirakan hati Ibrahim. Baginda seolah-olah cuba menghilangkan derita yang ditanggung oleh anakandanya walaupun buat seketika.

Apabila Ibrahim (ra) menghembuskan nafas yang terakhir, Baginda begitu sedih sehingga melinangkan air mata. Sahabat Baginda, Abdul Rahman al Awf (ra) bertanya kepada Baginda,”Apakah Engkau menangis ya Rasulullah?” Lalu Baginda menjawab, “Wahai Abdul Rahman, airmata ini adalah satu Rahmat’(Riwayat al Bukhari). Begitulah mendalamnya kasih sayang Baginda kepada puteranya, biarpun Baginda sangat sibuk Baginda tetap berusaha untuk menggembirakan puteranya dan begitu bersedih dengan kematian putera Baginda.

Baginda juga sangat mengasihi cucunya Umamah (ra). Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Muslim, Baginda selalu membawa Umamah bersiar-siar dan meletakkan Umamah di atas bahunya. Apabila baginda sujud ketika solat, Baginda akan meletakkan Umamah sebentar dan kemudian mendukungnya semula selepas selesai menyempurnakan solat. Begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda  SAW di saat sebahagian masyarakat Arab masih ramai yang mengamalkan budaya jahiliyyah iaitu memandang hina kepada anak dan cucu perempuan mereka. Sifat Rasulullah itu juga berbeza dengan kebanyakan kita yang cepat memarahi anak-anak kecil apabila mereka mendekati kita ketika waktu hendak bersolat. Sebaliknya mengarahkan anak-anak tersebut untuk pergi menonton kartun!!! Maka faham anak itu, bersama dengan orang tua ketika solat adalah SALAH dan menonton kartun pada waktu tersebut adalah BETUL?!

Biarpun Baginda begitu menyayangi anak-anak dan cucu-cucu Baginda, namun kasih sayangnya tidak bermakna Baginda tidak menegur kesalahan yang dilakukan oleh anak dan cucu Baginda. Kita tentu pernah menonton cerita “Anakku Sazali”, kerana terlalu menyayangi anaknya, kesilapan Sazali tak pernah ditegur sehingga besar menjadi penyamun. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan Rasulullah SAW. Sebagai contoh, cucu Baginda yang sangat Baginda kasihi, Hasan dan Husin mengambil tamar disedekahkan kepada fakir Miskin. Baginda menghalang cucunya dengan bersabda “Sesuatu yang disedekahkan adalah haram bagi kita (ahli keluarga Rasulullah)” (Riwayat Muslim dan Ahmad). Rasulullah tidak mengherdik dan memaki hamun anak cucunya apabila mereka melakukan kesalahan, sebaliknya Baginda sentiasa member nasihat dan memberitahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Bahkan inilah kaedah yang berkesan dalam membentuk peribadi anak-anak yang soleh dan cemerlang.

Walaupun tulisan ini memaparkan sifat ‘kebapaan’ Rasulullah, tetapi kaum ibu juga dapat mengambil pengajaran yang besar daripada secebis daripada jalur kehidupan yang indah ini.

Wallahualam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: