Posted by: mozaman75 | 6 April 2010

Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Kamal Mahdi

Jalan kehadapan

Gambar hiasan

Rezeki adalah ketentuan dari Allah swt semenjak dari azali lagi.¬† Walaupun ketentuan telah Allah tetapkan, manusia harus berusaha terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa antara 4 persoalan yang pasti ditanya oleh Allah kepada hambaNya di hari pengadilan kelak adalah : –

1. Umur – di mana ianya dihabiskan, ke mana arah tujuan dan apa yang telah dimanafaatkan dengan umur yang diberikan itu. Adakah umur dihabiskandengan berbuat keadilan atau kezaliman, menjaga silaturrahim atau memecah-belahkan persaudaraan, berlaku amanah atau sebaliknya….

2. Rezeki – dari mana ianya diperolehi (sumber yang halal ataupun haram) dan bagaimana rezeki itu dimanafaatkan atau dibelanjakan samada untuk kepentingan agama Islam atau lebih cenderung ke arah yang dilarang. Ingatlah bahawa rezeki (harta) dan anak pinak itu merupakan sebahagian dari ujian Allah;

3. Ilmu – apakah jenis ilmu yang kita pelajari, adakah ilmu itu ilmu yang diberkati dan apa yang dilakukan dengan ilmu tersebut, adakah ilmu itu diajarkan kepada orang lain untuk membawa kebaikan atau menegakkan kebenaran;

4. Usia muda – di mana usia muda itu dihabiskan atau digunakan, adakah ke arah yang diredhai atau sebaliknya. Adakah usia muda kita dihabiskan dengan berdakwah mengajak manusia membuat perkara makruf dan meninggalkan kemungkaran.

Fikirlah sejarah Firaun dan Qarun (laknatullah) yang melampaui batas. Firaun dan Qarun jelas engkar kepada peringatan yang di bawa oleh Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mengEsakan Allah swt. Firaun mengaku dialah tuhan manakala Qarun sombong dan bongkak dengan kuasa serta harta kekayaan yang banyak. Kedua-duanya mengakhiri hayat mereka dalam keadaan yang dasyat dan menyedihkan.

Demikianlah perbandingan yang dapat diambil iktibar oleh umat terkemudian. Apabila kita sentiasa mengingati kebesaran Allah (pada setiap ketika), maka akan mudahlah untuk melatih atau mendisiplinkan diri untuk membasahkan bibir dengan bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Disiplin ini akan menyelamatkan kita dari bergantung kepada sesama makhluk. Elakkan diri dari mendewa-dewakan sesama makhluk kerana budaya ini jauh menyimpang dari ajaran tauhid Islam kerana yang harus disembah secara mutlak hanyalah Allah swt. Dibimbangi nikmat yang Allah kurniakan akan membawa kita lebih jauh dari ajaran Islam atau kesesatan. Hargailah nikmat Islam, iman dan taqwa.

Wallahu’alam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: