Posted by: mozaman75 | 6 April 2010

Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Rusdi Alias

Tafsir Surah At-Talaq ayat 1 – 3 (sila lihat terjemahan).

Dalam sistem hidup manusia, Allah mengatur segala peraturan dari soal perkahwinan, berumahtangga sehinggalah kepada perceraian. Perkahwinan atau mendirikan rumahtangga adalah perkara yang baik/halal dan merupakan salah satu dari tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talaq atau perceraian.

Melalui perkahwinan Allah swt mengangkat martabat atau maqam seorang muslimah. Apabila seorang muslimah telah dinikahi maka Allah meletakkan tanggungjawab yang begitu penting kepada kaum muslimah iaitu tanggungjawab membentuk keluarga (anak-anak) yang beriman dan bertaqwa.

Perkahwinan bahagia

Gambar hiasan

Dalam melalui bahtera rumahtangga pasti berlaku pelbagai dugaan. Mana-mana muslimah yang meminta perceraian tanpa sebab yang munasabah, maka Allah haramkan kepada mereka ini mencium bau Syurga.

Walaubagaimanpun jika berlaku penganiayaan berterusan yang boleh membawa kemudaratan kepada para-para isteri angkara suami mereka yang tidak bertanggungjawab, maka permohonan talak dibenarkan atau dibolehkan.

Demikian Allah menjaga martabat kaum Hawa, seorang suami diharamkan melafazkan talaq ketika isteri mereka dalam haid dan sedang hamil. Ini kerana Allah menetapkan jika hendak melepaskan/mentalaqkan isteri mestilah dalam keadaan suci dan bersih, kemudian diikuti tempoh ‘idah’ selama 3 kali kedatangan haid. Ini bertujuan agar para suami masih bertanggungjawab sehinggalah si isteri melepasi tempoh ‘idah’ tersebut. Hukum talaq tetap berjalan ketika dalam ‘idah’ yang mana perhubungan sebagai suami isteri adalah diharamkan sama sekali. Dalam tempoh ini, para suami masih bertanggungjawab menyediakan tempat berteduh, makanan, pakaian dan lain-lain. Suami tidak boleh mengusir atau menghalau isteri melainkan jika isteri bertindak melakukan kerosakan kepada harta benda dan anak-anak. Demikianlah telitinya pengaturan Allah apabila talaq berlaku bagi menjaga kepentingan golongan muslimah.

Tempoh ‘idah’ itu bertujuan agar kedua-dua pihak dapat mencari jalan perdamaian dan merujuk semula. Tempoh yang lama itu bagi membolehkan keputusan dapat dibuat dalam keadaan aman dan tenang, kerana seringkali berlaku lafaz talaq oleh suami dibuat dalam keadaan marah, beremosi dan tergesa-gesa. Sememangnya iblis dan syaitan itu akan menghasut supaya berlaku kacau bilau dalam institusi perkahwinan yang akan mengakibatkan perceraian.

Perceraian adalah jalan terakhir selepas segala usaha gagal membuahkan hasil kerana perpisahan dalam keadaan redha-meredhai adalah penting bagi mengelakkan permusuhan yang berpanjangan. Kerana perpisahan itu bukan hanya melibatkan suami atau isteri sahaja, malahan anak-anak, ibu bapa, mertua serta ipar-duai.

Perkahwinan yang diasaskan atas dasar taqwa, amanah dan tawakkal, InsyaAllah akan sentiasa berada dalam ‘peliharaan’ dan pemerhatian Allah swt. yakni diberikan rahmat dan ihsan Allah.

Menurut Iman Syafie, tahap ketaqwaan seseorg itu akan diuji melalui 3 cara: –

1. Walaupun dalam kesempitan tetapi masih terus menginfaqkan harta untuk kepentingan agama Allah. Hukum alam, jika harta itu sedikit dan kita masih memberi sadaqah, maka harta akan berkurangan dan kehidupan akan dihimpit kesempitan. Itu hukum alam, tetapi tidak hukum Allah swt kerana rahmat dan barakah Alllah bukan setakat di dunia tetapi balasan tetap diperolehi di akhirat kelak:

2. Mengucapkan perkara yg benar kepada mereka yang memusuhi Allah atau mereka yang melanggar hukum Allah sekalipun kepada teman ataupun musuh; &

3. Beristiqamah dan bersifat warak walaupun dalam saat keseorangan (samada dalam soal ibadah khusus atau ibadah umum).

Wallahhu’alam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: