Posted by: mozaman75 | 22 April 2010

Kehidupan Yang Sempit

Firman Allah SWT: “Barangsiapa yang “BERPALING DARIPADA PERINGATAN KAMI”, sesungguhnya baginya “KEHIDUPAN YANG SEMPIT”. Dan Kami akan bangkitkannya di padang Mahsyar kelak dalam keadaan “BUTA”. Maka ia berkata: “Mengapakah aku dibangkitkan dalam keadaan buta sedangkan dahulunya aku celik.” Maka dijawab rintihannya: Itulah (pembalasan) kerana apabila ditunjukkan tentang bukti kebesaran kami, kamu menolakkanya, maka pada hari ini kamu dilupakan”. (Taha: 20: 124-126).

Ayat ini diturunkan sebagai peringatan kepada manusia yang derhaka kepada perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya. Perintah Allah SWT kepada manusia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian; perintah secara khusus dan perintah secara umum.

Perintah secara KHUSUS bermaksud perintah yang dihuraikan dengan terperinci dan dijelaskan perlaksanaannya oleh Rasulullah SAW. Antara contoh perintah khusus termasuklah kefardhuan solat, zakat, puasa, taati ibu bapa, menutup aurat, menjauhi maksiat, pembahagian harta pusaka, halal haram dalam makanan dan perniagaan dan banyak lagi.

Perintah secara UMUM pula merujuk kepada arahan-arahan yang bersifat universal yang perlu dijadikan amalan dalam setiap aspek kehidupan. Antaranya termasuklah saling bantu-membantu ke arah kebaikan, menghormati jiran, sahabat handai dan golongan yang lebih berusia, tidak merosakkan alam sekitar, berlaku adil dalam kepimpinan, membela kaum yang lemah dan ditindas, berkasih sayang sesama manusia walaupun dengan bukan Muslim dan banyak lagi.

Secara logiknya, dalam mana-mana organisasi atau pertubuhan bahkan sebuah Negara sekalipun sekiranya seorang pekerja atau rakyat terbukti ingkar kepada peraturan dan undang-undang, maka ia akan dijatuhkan hukuman yang setimpal. Begitu juga apabila Allah SWT menurunkan perintahNya baik perintah umum ataupun khusus, sekiranya diingkari, maka tentulah ada balasannya. Kecuali apabila hamba-hambanya mengaku bersalah dan kembali ke pangkal jalan…Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.

“KEHIDUPAN YANG SEMPIT” ditafsirkan dengan beberapa tafsiran oleh Ilmuan Islam. Pandangan pertama mengatakan kehidupan yang sempit bermaksud kehidupan yang jauh daripada rahmat Allah di dunia. Orang yang mengingkari perintah Allah sama ada yang bersifat khusus ataupun umum akan sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah walaupun dilimpahi dengan limpahan kekayaan material. Jiwanya kosong dan batinnya menderita…

Saudara, bukankah sekarang ramai orang ketawa walau tidak gembira dan ramai yang nampak gembira walaupun tidak bahagia???

Sebahagian ilmuan Islam pula mentafsirkan bahawa “kehidupan yang sempit” adalah apabila seseorang itu dimasukkan ke dalam kubur selepas kematiaanya. Dia akan dihimpit sehingga bertemu dua tulang rusuknya. Keadaan ini berpanjangan sehinggalah dibangkitkan pada hari perhitungan. Rupa-rupanya, deritanya tetap belum berakhir… Dibangkitkan dalam keadaannya “BUTA”. Ikrimah, seorang sarjana Islam mengatakan yang dimaksudkan dengan “BUTA” ialah matanya tidak dapat melihat apa-apa kecuali NERAKA yang menyala-nyala. 

Buta Dunia

Marilah kita merawat penderhakaan kita sementara nadi masih berdenyut dan tubuh masih bernafas.

Wallahualam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: