Posted by: mozaman75 | 15 Ogos 2010

Sejuta Kemaafan Kepada Pengunjung Secangkir Madu

Ramadan Kareem kepada semua pembaca Secangkir Madu dan diharapkan ada pembaca yang masih setia menantikan blog ini dikemaskini. Yea, sudah beberapa bulan blog ini tidak dimuatkan dengan tulisan-tulisan baru dan artikel umrah yang dicanang-canangkan masih belum menjadi realiti. Sebenarnya penulis berhadapan dengan berberapa halangan sebelum ini termasuk komputer rosak, talian internet bermasalah dan bebanan kerja yang menyebabkan penulis apabila pulang ke rumah berasa keberatan untuk mengadap komputer setelah seharian berkerja. Facebook, friendster juga menjadi mangsa gajah putih kerana penulis tidak berapa minat “berstatus” pada waktu pejabat, menggunakan komputer pejabat.

Namun, atas kesedaran bahawa hasrat sebenar penulis adalah untuk berkongsi ilmu, insyaAllah penulis akan terus menulis walaupun tidak sekerap dan sekonsisten mana dan mendoakan agar diberikan kekuatan untuk terus berkarya.

Banyak tulisan yang tertangguh sebenarnya dan insyaAllah beberapa artikel akan dipaparkan sejurus selepas ini buat tatapan semua.

Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Secangkir Madu tidak kira di mana anda berada semoga kita dapat memanfaatkan fadhilat berpuasa untuk sama-sama menjadi Muslim yang lebih berjaya selepas Ramadan ini. InsyaAllah.

-mozaman75 –

Masjid Lambang Keutuhan Istitusi Beragama

Masjid bakal kembali meriah di bulan Ramadan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: