Posted by: mozaman75 | 29 Ogos 2010

Perkara yang sering kita terlepas pandang di bulan Ramadan

Al Quran dibaca siang dan malam di bulan Ramadan

Sememangnya Allah menjanjikan bermacam-macam ganjaran dan kelebihan untuk hamba-hambaNya yang beribadah secara tekun dan berkualiti. Dalam kerancakan beribadah di bulan yang mulia, ramai di antara umat Islam yang melupakan atau meninggalkan amalan-amalan tertentu samada kerana mereka tidak tahu ataupun kerana cuai dan lalai.

Antara amalan-amalan yang berharga yang sering diambil mudah termasuklah perkara-perkara yang berikut:

1. Perbanyakkan doa sepanjang berpuasa terutamanya ketika berbuka – Salah satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang-orang yang berpuasa adalah dimakbulkan doa-doanya sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika hendak berbuka dan doa yang dizalimi” (Riwayat at Tirmizi- Sahih) dan dalam satu riwayat yang lain disebut: “orang yang berpuasa hinggalah berbuka”. Berkaitan perkara ini, kita sering melihat ramai di kalangan kita yang melepaskan peluang berdoa ketika di ambang berbuka. Segala-galanya menjadi hiruk-pikuk sehinggakan terlepas detik mustajab untuk berdoa. Sebaiknya kita bersedia lebih awal dengan segala hidangan dan mengambil sedikit masa untuk beristighfar dan berdoa menjelang detik-detik akhir kita hendak berbuka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak” (Ibn Majah- Sahih)

2. Perbanyakkan sedekah Pada bulan ini, janganlah lokek untuk bersedekah. Sebaiknya kita peruntukkan jumlah yang lebih berbanding jumlah sedekah kita pada bulan yang lain sekiranya mampu. Termasuk dalam amalan sedekah adalah menjamu sanak saudara, jiran tetangga ataupun orang yang kurang berkemampuan untuk berbuka. Pahalanya seperti yang disebutkan oleh Baginda SAW: “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” (al Tirmizi- sahih)

3. Sahur Bersahur adalah amalan yang dituntut ketika berpuasa dan sebaik-baik bersahur adalah sahur yang dilewatkan iaitu kira-kira satu ke satu setengah jam sebelum azan subuh. Bersahur mempunyai keberkatan tersendiri sebagaiman yang disabdakan: “Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya” (al Bukhari dan Muslim) Sebaiknya elakkan bersahur sebelum tidur pada waktu malam ataupun bangun bersahur dan terus tidur semula kerana ada kerugiannya.

4. Beribadah pada waktu sahur Kerugian yang dimaksudkan adalah kita tertinggal saat keemasan untuk memperbanyakkan istighfar dan beribadah kepada Allah. Waktu kita bersahur termasuk dalam maksud sepertiga terakhir pada waktu malam yang sangat kondusif untuk melaksanakan ibadah nafilah (sunat). Firman Allah: “dan pada waktu sahur, mereka (mukmin) banyak memohon ampun” (Surah adz Zariyat: 51:18)

5. Bertarawih – Salah satu amalan khusus di dalam Ramadhan adalah solat sunat tarawih. Solat ini boleh didirikan sama ada sebanyak 8 atau 20 rakaat dan disudahi dengan 3 rakaat solat witir. Pakar perubatan mendapati, tarawih daripada sudut kesihatan boleh menyamai kalori yang dibakar apabila berjogging selama 20 min. Pahala pun dapat, badan pun sihat! Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mendirikan qiyam Ramadhan (termasuk Tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan semata-mata ganjaran daripada Allah, akan diampunkan segala dosanya yang lalu”. (al Bukhari dan Muslim)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: