Posted by: mozaman75 | 29 Ogos 2010

Sirah Rasulullah – Penghijrahan ke kota Madinah

Oleh: Ustaz Azhar Yahya

Daulah Islamiyah yang pertama adalah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. di bumi Madinah al Munawarah. Permulaan penubuhan negara Islam ini bertolak dari peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.

Selama 13 tahun Rasulullah berada di Mekah, berdakwah menyebarkan ajaran Islam. Pada tahun ke 13 ke rasulan Baginda, barulah berhijrah ke Madinah. Rasulullah hanya mengambil 10 tahun utk mengasaskan Daulah Islamiyah yang bakal menjadi contoh kepada umat dan pemimpin akan datang.

Dalam tempoh 10 tahun di Madinah ini, penduduk asal Madinah (Aus & Khazraj) banyak menghulurkan bantuan kepada kaum Muhajirin (mereka yg berasal dari Mekah yang kemudiannya berhijrah ke Madinah menuruti arahan Rasulullah).

Perlantikan Rasulullah pada umur 40 tahun adalah menandakan umur kematangan seseorg manusia yg dapat berfikir dan bertindak dengan rasional menepati fitrah kejadian manusia samada dari segi peribadatan malahan muamalah seharian. Umat terbaik yang harus dijadikan contoh dan tauladan adalah para sahabat, tabii dan tabiin yang dididik secara langsung oleh Rasulullah s.a.w. semenjak berada di Mekah sehingglah ketika berada di Madinah.

Piagam Madinah adalah ‘constitution, yang pertama yang diasaskan oleh mana-mana manusia atau pemimpin. Piagam Madinah yang mendapat pengiktirafan dan sokongan penduduk Madinah (walaubagaimanapun golongan Yahudi dan munafiq amat membenci, tidak menyenangi dan cuba mencari jalan utk mensabotaj Piagam Madinah ini yang mengiktiraf kepimpinan Rasulullah s.a.w.).

Disebabkan peranan Yahudi dan golongan munafiq ini, ada di antara penduduk Madinah yang murtad, mempersoalkan perlaksanaan zakat-fitrah. Malahan Yahudi dan munafiq ini sentiasa mencari peluang untuk mencabul Piagam Madinah seperti bersekongkol dengan Jahiliyyah Mekah untuk memerangi Rasulullah. Perangai Yahudi dan Munafiq ini terbawa-bawa sehingga ke saat ini, yang wujud dalam mana-mana negara Islam, pentadbiran Islam dan sebagainya.

Selepas 8 tahun selepas berhijrah, Negara Islam Madinah menjadi begitu teguh dan kukuh sehingga usaha mengambil alih Mekah mula disusun. Pada tahun 10 Hijrah, seluruh Tanah Arab hampir berada dibawah pentadbiran Islam. Pada tahun tersebut juga Rasulullah s.a.w. wafat, tetapi tampuk khalifah Islamiyah disambung oleh para-para sahabat yg mendapat didikan secara langsung dari Rasulullah. Empayar Islam berkembang luas meliputi sehingga ke utara Afrika, selatan Eropah , benua kecil India dan Asia Timur. Pada masa pemerintahan Sayyidina Umar Al Farouk (Al Khattab), bumi Palestin yakni Baitull-Maqdis kembali kepada pentadbiran Islam. (Bumi Palestin dan kawasan sekitarnya adalah bumi yang diberkati Allah kerana banyak para Nabi & Rasul berdakwah di kawasan tersebut. Kemuncak keberkatan bumi Palestin adalah apabila peristiwa Isra’ dan Mikraj, apabila Rasulullah di’angkat’ ke langit dari Masjid Al-Aqsa untuk menerima watikah solat secara terus dari Allah tanpa melalui perantaraan Jibrail.

Wallahu’alam.

Sumber: Dipetik dan disunting dari tazkirah subuh pada  4 Rabiul Akhir 1431H


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: