Posted by: mozaman75 | 30 Oktober 2010

Tips mudah laksanakan ibadah korban setiap tahun

Assalamualaikum wr. wb. Bertemu lagi kita di Secangkir Madu.

Zulhijah sudah hampir, umat Islam di seluruh dunia, sekiranya umur membenarkan akan sekali lagi menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tanggal 10 Zulhijah 1431H.

Kemuncak Aidil Adha ialah ibadah korban dimana haiwan ternakan yang cukup umur dan sihat akan disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada penduduk setempat terutamanya yang susah dan miskin.

Kesedaran berkorban dikalangan masyarakat Islam di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Alhamdulillah.

Tidak dinafikan juga walaupun ramai yang sanggup mengeluarkan belanja setiap kali datangnya Zulhijah, tetapi masih ramai yang menganggap bahawa ibadah korban adalah sekadar amalan sunat, buat dapat pahala, tak buat tak apa.

Setiap ibadah korban atau sedekah lain yang dilakukan secara ikhlas sebenarnya memberi implikasi positif yang besar terhadap keberkatan hidup dan rezeki kita.

Para ulamak mengatakan bahawa bersedekah itu berperanan menghindarkan diri dari kepapaan, menolak bala, menyembuhkan penyakit dan memanjangkan umur.

Korban dilakukan selepas solat Hari Raya AidilAdha (Gambar ihsan - mandiri/ist)

Sekiranya ingin dikupas secara logik akal, memang sukar diterima, bagaimana mungkin bila wang dikeluarkan dari kocek, rezeki kita akan lebih bertambah.

Itulah kelebihan Islam. Itulah janji Allah SWT. Sedekah itu ibarat menanam pokok di kebun Allah dan pokok itu pasti berbuah. Nikmat dan hikmah bersedekah tidak boleh diukur dengan mata kasar.

Untuk melaksanakan ibadah korban di Malaysia memang agak mahal kerana permintaan melebihi pengeluaran.

Korban di India misalnya, pelaburan RM900 sahaja diperlukan untuk seekor lembu.

Tapi Allah SWT itu Maha Adil & Maha Bijaksana.

Kalau di Malaysia kita keluarkan RM3000 untuk seekor lembu, ganjaran yang Allah SWT berikan sudah semestinya setimpal dengan jumlah yang dikeluarkan, InsyaAllah.

Begitu juga kalau kita keluarkan RM900. Ganjarannya akan setimpal dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

Jumlah itu pada pendapat saya kurang penting, usaha kita untuk berkongsi rezeki melalui ibadat ini lebih utama. Ibadah korban juga perlu dilaksanakan kerana meraikan sunnah Nabi Muhammad SAW dan memperingati peristiwa korban Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Ibadah korban akan terasa mahal sekiranya kita tidak merancangnya dari awal.

Penulis ingin berkongsi tips mudah dengan harapan lebih ramai lagi umat Islam dapat melaksanakan ibadah suci ini setiap tahun tanpa perlu bergolok bergadai.

Penulis mengambil contoh harga sebahagian lembu korban di Kuala Lumpur iaitu sekitar RM250 satu bahagian.

Bermula gaji akhir bulan November 2010, asingkan terus sebanyak RM21 sahaja. 12 bulan berlalu, Zulhijah 1432H, simpanan bakal berjumlah RM250++. Dapatlah disempurnakan korban satu bahagian lembu.

Lebih baik lagi, sekiranya mampu, ambil RM250 dari gaji setiap bulan, cukup 12 bulan, jumlah terkumpul akan menjadi RM3000. Dapatlah disempurkan korban seekor lembu.

Tips mudah ini menyebabkan kebanyakkan dari kita tiada lagi alasan untuk tidak berkorban setiap tahun. Pakej Astro paling murah adalah RM49.90 dan kita boleh keluarkan dana setiap bulan untuk melanggannya menyebabkan RM21 sebulan nampak mudah untuk disimpan.

Apa yang penting, ibadah itu sekiranya dilakukan berdikit-dikit tetapi istiqamah (berterusan), akan menjadi lebih mudah sekiranya dibandingkan dengan kuantiti yang banyak tetapi sekali sekala.

Tips diatas boleh disuaikan untuk ibadah-ibadah yang lain sebagai contoh – simpanan untuk mengerjakan Umrah, Haji, khatam Al-Quran dan lain-lain.

Wallahualam. Penulis akhiri tulisan dengan sepotong hadis Nabi SAW:

“Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya”, Hadis Riwayat at-Tirmidzi.

Selamat menunaikan ibadah korban 1431H.

-mozaman75-


Responses

  1. Hello! I know this is kinda off topic but I was wondering which
    blog platform are you using for this site?
    I’m getting fed up of WordPress because I’ve had issues with hackers and I’m looking at options for another platform. I would be great if you could point me in the direction of a good platform.

    • Hi, I’m using wordpress with no prior experience in using other blog services. So far i’m satisfied with what wordpress offer under the free package. All the best..

  2. I’m very pleased to uncover this web site. I want to to thank you for ones time for this particularly wonderful read!! I definitely really liked every bit of it and i also have you book marked to look at new stuff in your site.

    • Thanks for your kind comments. I’m pretty tied up in 2013 thus lacking new postings. Insya Allah will try to write more often this year (2014). Happy reading!.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: