Posted by: mozaman75 | 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432H Kepada Semua Muslimin dan Muslimat

Salam Ukhuwah kepada semua pembaca Secangkir Madu.

Hari ini tirai baru 1432H dibuka meninggalkan tahun 1431H dengan penuh sejarah pahit manis dan pengalaman yang menjadikan kita lebih berwaspada dan matang pada masa hadapan.

1432H juga menandakan bahawa Allah swt berkenan untuk memanjangkan talian hayat kita, mungkin untuk menguji sejauhmana kesabaran kita atau untuk memastikan kita mempunyai bekalan yang cukup apabila dijemputNya kelak.

Apapun matlamat dan hala tuju yang telah tersurat untuk kita di tahun 1432H ini, sebagai seorang Muslim, kita perlu bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt selama ini.

Kita perlu berazam untuk merubah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Semoga tahun 1432H ini bakal menerbitkan peluang-peluang untuk kita mempertingkatkan ekonomi diri sendiri, keluarga dan ummah disamping menggunakan kesempatan yang ada untuk berkongsi nikmat dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Selamat mengharungi tahun baru 1432H. Semoga kesudahan yang baik menanti kita semua.

Wassalam.

-mozaman75-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: