Posted by: mozaman75 | 19 September 2011

Kem Latihan Ramadan: Sikap Orang-orang Munafiq

Buat tatapan semua pembaca Secangkir Madu

……………………………………………………………………………………………………………………………………..

Setelah kita melihat ciri-ciri mereka yang bertaqwa, rasanya perlu juga kita mengamati sikap orang-orang munafiq agar kita boleh menghindarkan diri dari memiliki sikap ini. Sikap mereka ini disebut oleh Allah s.w.t melalui firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 8-16 yang bermaksud:-

“ Di antara manusia ada yang mengatakan: ‘Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, pada hal mereka itu bukan orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari. Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambah lagi penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berbohong. Dan apabila dikatakan kepada mereka; Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan kebaikan.” Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang memlakukan kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka:”Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman, mereka menjawab: “Patutkah kami beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang bodoh. Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan kami telah beriman’. Namun apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan; “Sesungguhnya kami berpendirian seperti kamu, kami hanyalah berpura-pura”. Allah akan (membalas) kepura-puraan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan.  Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan menggunakan petunjuk (hidayah), maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk (hidayah).”

Melalui ayat-ayat yang disebutkan di atas, tahulah kita bahawa orang-orang munafiq ini bersikap dengan:-

1. Menunjuk-nunjuk/menzahirkan kebaikan sedangkan sebenarnya mereka tidak sedemikian

2. Merasakan mereka bijak dengan berpura-pura sedemikian sedangkan mereka sebenarnya menipu diri sendiri

3. Suka berdolak-dalih terutama apabila diajak untuk melakukan kebaikan

4. Meninggi diri, sombong dan susah untuk menerima kebaikan orang lain

5. Bermuka-muka bagi memperolehi kepercayaan dari semua pihak.

Allah s.w.t menyatakan juga bahawa mereka ini adalah orang yang mempunyai penyakit dalaman (rohani) sekalipun jasmani mereka kelihatan sihat. Malah mereka ini sanggup menukar atau menjual hidayah dengan kesesatan.

Sempena Kem Latihan Ramadan ini, marilah sama-sama kita audit diri agar sikap ini tiada dalam laporan hidup kita. Semoga dengan demikian objektif TAQWA menerusi Kem Ramadan ini dapat kita gapai.

Wallahualam.

Sumber: Ustaz Mohd Nasir Ismail


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: